Kajian Kes 1
“Hargai Harta Awam”
Nama saya Yusri dan saya berumur 11 tahun. Semasa menulis kisah ini, saya baru pulang dari hospital. Saya telah berada di hospital selama 2 hari kerana mengalami keretakan tulang dan kecederaan di beberapa bahagian badan saya setelah dipukul oleh beberapa orang rakan sekolah. Puncanya kerana saya telah mengadu kepada guru besar tentang perbuatan mereka yang cuba merosakkan telefon awam di kawasan sekolah. Mereka telah menggunakan tukul besi untuk mengambil duit di dalam telefon tersebut. Mereka menunggu sehingga saya pulang dari sekolah dan terus membelasah saya apabila saya berada jauh dari kawasan sekolah. Rakan-rakan yang ternampak kejadian ini telah menelefon bapa saya. Setelah melihat keadaan saya, bapa terus membawa saya ke hospital. Jika tidak, mungkin keadaan saya akan lebih teruk.
Kajian Kes 2
“Kerana Tiada Tandas Sesuai”
Nama saya Su Ling dan berumur 10 tahun. Saya adalah seorang murid kurang upaya dan menggunakan kerusi roda setiap masa untuk bergerak. Di sekolah, saya seorang sahaja pelajar kurang upaya dan saya sering mengalami masalah menggunakan tandas kerana sekolah tidak menyediakan kemudahan tandas untuk pelajar kurang upaya seperti saya. Rakan-rakan cuba membantu saya mengatasi masalah ini tetapi saya tidak mahu menyusahkan mereka. Akhirnya, saya terpaksa memakai lampin ke sekolah supaya tidak perlu lagi ke tandas Saya amat malu kerana terpaksa menggunakan lampin. Pada suatu hari, semasa sesi ujian, saya telah meminta masa yang lebih untuk menjawab soalan kerana saya juga mengalami kesukaran untuk menulis tetapi permintaan saya ditolak.
Kajian Kes 3
“Mengamalkan Kepercayaan Agama”
Lim, Meor, Harjit, Devi, Salwa dan Sally adalah rakan baik. Kesemua mereka adalah sekelas dan sering mengulangkaji pelajaran dan beriadah bersama-sama. Tetapi hari ini hanya mereka berempat sahaja yang berada di sekolah. Harjit dan Salwa tidak bersama mereka. Harjit tidak dapat hadir ke sekolah kerana pihak sekolah tidak membenarkan Harjit menyimpan janggut dan misai jika ingin bersekolah di situ. Bapa Harjit tidak membenarkannya mencukur janggut dan misai kerana menurut kepercayaan kaum Sikh, lelaki yang telah mencapai umur baligh hendaklah menyimpan janggut dan misai. Pihak sekolah telah memberi kata dua kepada Harjit, samada mencukur janggut untuk terus bersekolah di situ atau berhenti dan bersekolah di tempat lain. Bapa Harjit telah mengambil keputusan untuk menghantar Harjit ke sekolah lain. Salwa pula telah digantung persekolahan selama seminggu. Dia telah digantung kerana tidak memakai tudung yang menepati peraturan sekolah. Mereka semua sedih dengan keadaan ini dan berharap semua akan kembali seperti biasa.
Kajian Kes 4
“Gajah”
Ramu seorang pelajar Tahun 6 dan berasal dari Ladang Sogamana. Susuk badan Ramu amat besar dan dia tidak kelihatan seperti pelajar Tahun 6. Dia juga seorang yang cemerkap dan selalu terlanggar kerusi, meja dan barang-barang lain. Oleh kerana saiz badan Ramu yang besar, dia berasa tidak selesa kerana kerusi dan mejanya kecil dan sempit. Ini menyebabkan Ramu selalu bangun dan mundar mandir di dalam kelas. Sikap Ramu ini membuatkan gurunya terasa marah lalu memanggil Ramu ”Gajah! Duduk dan jangan ganggu pelajar lain!” Rakan-rakannya turut memanggil Ramu dengan nama tersebut dan mereka kerap mengejek dan meniru gaya jalannya. Ramu sering ditolak dan mereka akan lari dengan memanggil ”Oi Gajah! Tangkaplah aku kalau kau larat!” dan Ramu akan ditertawakan.
Keadaan ini menyebabkan Ramu sering berasa rendah diri, tidak mempunyai keyakinan diri dan akan mengasingkan dirinya dari rakan-rakan sekelas untuk mengelakkan daripada diejek. Perasaan Ramu ini menyebabkan prestasi akademik Ramu jatuh. Dia enggan ke sekolah dan akan memberi berbagai-bagai alasan untuk tidak ke sekolah.
Kajian Kes 5
“Letih dan Mengantuk”
Sheila, berusia 10 tahun, bercita-cita untuk menjadi seorang guru apabila dewasa kelak. Tetapi, Sheila beranggapan cita-cita itu tidak mungkin tercapai. Ini kerana prestasi akademiknya tidak begitu memberangsangkan. Walaupun dia telah berusaha untuk menumpukan perhatian pada pelajaran di sekolah, dia mendapati dia selalu letih dan mengantuk. Tiap-tiap pagi dia harus bangun pada pukul 5 pagi untuk menolong ibunya menyediakan kuih-muih yang akan dijual oleh ibunya. Selepas pulang dari sekolah pula, dia harus memasak untuk abang dan adik-adiknya sebelum membantu ibunya berniaga di gerai. Sheila selalu tidak mempunyai masa untuk menyiapkan kerja-kerja rumahnya. Dia selalu mengantuk di dalam kelas dan menyebabkan guru selalu memarahinya. Sheila juga tidak mempunyai masa untuk kegiatan ko-kurikulum sekolah pada sebelah petang dan ini juga membuatkan Sheila dimarahi oleh gurunya. Ibunya memberitahu Sheila terpaksa menamatkan persekolahan sehingga Tahun 6 sahaja.
Kajian Kes 6
“Sekolah yang Bosan”
Nama saya Hong, saya berasal dari sebuah kampung di Sekinchan. Saya berumur 9 tahun tetapi saya tidak suka ke sekolah. Saya mendapati amat susah untuk memahami pelajaran kerana lemah dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sejak dari Tahun 1. Saya mendapati semakin lama semakin susah untuk memahaminya. Lama-kelamaan saya menjadi bosan dan baru-baru ini, saya bersama beberapa rakan yang lain mengambil keputusan untuk ponteng sekolah. Kami menghabiskan masa dengan menghisap rokok, melepak dan bermain bola. Kami rasa seronok kerana tidak perlu menghadapi guru-guru yang selalu memarahi dan menghina kami dengan perkataan-perkatan seperti bodoh, bangang, lembab, tidak berguna dan lain-lain lagi. Mereka juga berkata adalah lebih baik saya dan rakan-rakan jangan berada di dalam kelas kerana kami hanya mengganggu pelajar-pelajar lain untuk belajar. Ibu bapa kami juga tidak mempedulikan kami samada kami menyiapkan kerja rumah atau tidak. Apabila kami bermain bola dengan budak-budak kampung yang lain, kami akan memukul mereka jika mereka menang. Kami rasa puas dan seronok. Kami dibiarkan untuk membuat sesuka hati kami asalkan tidak meninggalkan kampung.
Kajian Kes 7
“Jakun”
Azlan, 10 tahun, sedang menonton sebuah rancangan dokumentari mengenai sebuah puak Afrika bersama ibu bapanya. Di akhir rancangan, Azlan bertanya kepada ibu bapanya adakah puak didalam rancangan tersebut adalah seperti ’Jakun’, iaitu golongan peribumi Malaysia yang jahil, primitif, tidak bertamadun dan tidak bermoral kerana memakai pakaian yang tidak senonoh. Ibu bapanya kemudian bertanya mengapa Azlan berpandangan sedemikian. Azlan menjelaskan di dalam subjek Kajian Tempatan dia telah diajar mengenai kaum-kaum di Malaysia. Gurunya memberitahu bahawa kaum peribumi di Malaysia adalah tidak bertamadun, masih tinggal di dalam hutan walaupun Malaysia telah membangun dengan pesat. Gurunya telah menunjukkan gambar-gambar kaum peribumi di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia untuk menunjukkan betapa primitifnya kaum peribumi tersebut dengan pakaian mereka yang tidak senonoh.
Di dalam kelas Azlan juga ada seorang pelajar dari kalangan kaum peribumi bernama Japit Anak Timbangan dan gurunya telah mengatakan bapa Japit seorang yang berani kerana telah meninggalkan keluarga dan penempatan di dalam hutan untuk bekerja di bandar Miri. Jika tidak kerana bapanya, mungkin sekarang Japit akan tinggal di dalam hutan dan memakai pakaian yang tidak senonoh.
Kajian Kes 8
“Guru Moral”
Cikgu Rosa sedang mengandung 3 bulan. Dia telah ditugaskan untuk menjadi guru gantian bagi kelas Moral Tingkatan 1 sepanjang guru moral kelas tersebut sedang cuti bersalin. Cikgu Rosa memberitahu Guru Besar walaupun waktu pengajarannya kurang dari yang telah ditetapkan (hanya 16 jam seminggu), dia tidak mempunyai kemahiran untuk mengajar moral dan tambahan pula dia sering mengalami masalah pening dan muntah.
Walaubagaimanapun, Cikgu Rosa tiada pilihan, dia harus menjadi guru gantian untuk kelas tersebut kerana waktu pengajaran guru-guru lain telah penuh. Semasa Cikgu Rosa mula masuk ke kelas tersebut dia telah mengadu bahawa kelas tersebut ’berbau’ dan dia tidak tahan dengan bau minyak kelapa. Dia telah memberi arahan kepada pelajar-pelajar kelas tersebut bahawa mereka harus berhenti menggunakan minyak kelapa sebagai minyak rambut dan berhenti menggunakan minyak sapi didalam masakan.
Pelajar kelas tersebut, terutamanya pelajar-pelajar India berasa tidak tidak puas hati dan memberitahu ibu bapa mengenai arahan Cikgu Rosa itu. Mereka juga memberitahu bahawa Cikgu Rosa suka merujuk mereka sebagai ’Keling’. Beberapa ibu bapa pelajar telah mengadu kepada pihak pentadbir sekolah tetapi para pelajar diberi amaran supaya tidak mendatangkan masalah kepada pihak sekolah.
Kajian Kes 9
“Memilih Ketua”
Cikgu Zamri sedang mengajar matapelajaran Sivik & Kewarganegaraan. Dia akan melakukan aktiviti berkumpulan pada hari ini. Cikgu meminta pelajar-pelajarnya membuat 6 kumpulan dan setiap kumpulan hendaklah melantik seorang ketua di kalangan mereka. Apabila senarai ketua kumpulan dihantar kepada Cikgu Zamri, beliau telah menukar ketua untuk Kumpulan 1. Cikgu Zamri kelihatan tidak puas hati dengan pemilihan David sebagai ketua Kumpulan 1 kerana David bukanlah seorang pelajar yang begitu cerdas di dalam kelasnya lalu Cikgu Zamri telah melantik ketua kumpulan baru untuk menggantikan David. Pada hari tersebut juga Cikgu Zamri telah mengadakan pemilihan ketua darjah yang baru untuk menggantikan ketua darjah yang telah berpindah ke sekolah lain. Beberapa nama telah dicalonkan dan seorang pelajar perempuan bernama Haliza telah mendapat undian majoriti. Walaupun Haliza mendapat undian majoriti, Haliza telah diganti dengan Azman kerana beliau merasa Haliza terlalu lembut dan mungkin tidak mampu untuk menjadi ketua darjah.
Kajian Kes 10
“Dari Cuba-cuba Hingga ke Penjara”
Surat daripada Razif yang berada di Pusat Pemulihan Dadah kepada rakannya, Khalid:
Khalid,
Aku sekarang berada di Pusat Pemulihan Dadah. Aku sungguh menyesal kerana telah telah terlibat dengan najis dadah. Semasa di sekolah rendah, aku telah mencuba menghidu gam atas pelawaan rakan-rakan. Semasa Tingkatan 1 pula, aku telah cuba menghisap rokok. Aku selalu ponteng kelas dan melepak di padang untuk menghisap rokok dan menghidu gam. Pada suatu hari, seorang abang Tingkatan 4 telah menghampiri kami dan turut serta merokok bersama kami. Dia telah mempelawa kami untuk mencuba sejenis rokok ’istimewa’. Kami pun telah mencubanya. Pada mulanya aku berasa pening, tetapi lama-kelamaan aku mulai biasa dengan tabiat itu. Aku tidak sedar rokok itu telah dicampur dengan dadah. Semakin hari aku mulai rasa gian. Sehari tanpa dadah, aku akan merasa tidak keruan. Aku sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan dadah. Aku telah mencuri dari ibu bapa aku untuk membeli dadah. Tetapi duit untuk membeli dadah sentiasa tidak mencukupi. Terdesak untuk mendapatkan duit, aku cuba merompak sebuah rumah dan nasib aku tidak baik, aku telah tertangkap. Aku sekarang sepatutnya bersama-sama kau menunggu keputusan SPM. Aku menyesal!
Sunday, September 4, 2011
Monday, March 21, 2011
Wednesday, March 9, 2011
SASARAN KAUNSELING
PERGERTIAN KAUNSELING
Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris "counselling" yang boleh difahami oleh semua orang, tetapi mereka mungkin memahaminya dalam pergertian yang berbeza. Dalam pengertian yang luas, sebenarnya setiap orang terlibat dalam aktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung, terutamanya ibu bapa, guru, pemimpin agama, peguam, doktor, jururawat dan juga semua yang terlibat dengan proses mendidik dan kebajikan masyarakat.
Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti rundingcara sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup di dunia. Apa yang ketara kaunseling merupakan alat asas bagi kebanyakan profesional. Secara amnya dapat dikatakan bahawa konsep kaunseling diamalkan di dalam bidang pendidikan, perubatan, agama, kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan dan keluarga.
Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik dan objektif daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah. Ia tumbuh dan berkembang hasil daripada dapatan penyelidikan tentang perkembangan sahsiah manusia serta teori-teori pembelajaran. Di samping itu, ia juga berkembang daripada situasi, faktor atau keadaan yang kurang saintifik dan kurang objektif. Ini berdasarkan kepada kepercayaan:
Bahawa setiap individu dapat menentukan matlamat hidupnya dan memberi makna kepada kehidupan masing-masing.
Mengakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan manusia bertanggungjawab terhadap arah kehidupan masing-masing. Kaunseling merupakan proses bersemuka di antara kaunselor dan klien, iaitu orang yang meminta pertolongan sama ada datang sendiri ataupun dirujuk. Tujuan pertemuan itu adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai bagi klien membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya, di samping mengetahui baik buruk dan kekangan yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu.
Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya. Kaunseling juga ialah proses pertemuan interaksi bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku perubahan pada klien.
Kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan masyarakat, tetapi ia menolong klien memahami dirinya yang sebenar – apa kelebihan dan kekurangannya; apa yang boleh dilakukan dengan mudah; apa yang boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah dan apa yang tidak boleh dilakukannya langsung.
Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau masalah baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada padanya. Proses ini diharap akan dapat menolong klien itu mengesan halangan-halangan dan mengenal pasti bakat atau kebolehannya untuk hidup dengan lebih sempurna.
Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses pertolongan. Melalui proses ini, klien dibimbing membuat keputusan sendiri. Asas bagi proses ini ialah perhubungan antara kaunselor dengan klien atas dasar bahawa kesan perhubungan itu akan menyebabkan klien berubah.
TUJUAN KAUNSELING
Para profesional di bidang kaunseling dan psikoterapi mempunyai pendapat yang berbeza tentang kaunseling dan psikoterapi. Kaunseling mempunyai dua jenis tujuan, iaitu tujuan proses dan tujuan terakhir. Tujuan atau matlamat proses merupakan yang ingin dicapai dalam masa yang singkat. Tujuan proses terus melibatkan klien di dalam proses kaunseling sehingga kaunselor dan klien bersetuju bahawa klien tidak lagi memerlukan perkhidmatan lanjut. Untuk mencapai tujuan proses ini, pertemuan awal sangatlah penting kerana sekiranya klien tidak merasa selamat atau tidak percaya dengan kaunselornya, maka dia tidak akan mahu meneruskan proses dan perhubungan kaunseling tersebut.
Tujuan terakhir mementingkan hasil atau kesan perkhidmatan kaunseling dalam jangka masa yang panjang. Tujuan terakhir adalah perubahan atau perkembangan yang akan dialami oleh klien hasil daripada perkhidmatan kaunseling. Di antara konsep yang diutamakan ialah kesedaran kendiri, penyuburan kendiri, individu yang berfungsi sepenuhnya dan kesejahteraan kendiri. Tujuan terakhir merupakan persoalan yang dihadapi oleh manusia dan tidak terhad kepada individu yang mempunyai masalah sahaja, bahkan merupakan tujuan setiap manusia yang ingin hidup dengan lebih bermakna, berfungsi dengan sepenuhnya bergerak dan dinamik.
Lima tujuan kaunseling iaitu:
Menolong mengubah tingkah laku klien.
Menambahkan kemahiran klien mengendalikan kehidupannya sendiri, terutama mereka yang terlalu bergantung kepada orang lain atau terlalu bimbang dan ragu-ragu tentang dirinya.
Menambahkan kemahiran klien membuat keputusan pada saat-saat penting. Klien diharapkan dapat menilai sesuatu situasi, membuat pemilihan dengan bijaksana, tahu bagaimana dan mengapa keputusan tertentu mesti dibuat, apakah kemungkinan akibat atau kesannya dan sedia menghadapi sebarang risiko akibat keputusan tersebut.
Membaiki perhubungan klien dengan ahli-ahli masyarakatnya. Ramai orang menghadapi masalah dalam perhubungan dengan individu-individu lain. Masalah ini mempunyai hubungan yang rapat dengan konsep kendiri, sama ada konsep kendiri yang rendah atau sebaliknya. Diharapkan proses kaunseling dapat menolong klien meningkatkan kualiti perhubungannya dengan orang lain, misalnya perhubungan dalam keluarga, perkahwinan, rakan sebaya dan seterusnya dalam masyarakat. Perhubungan yang berkesan meningkatkan mutu kesejahteraan kehidupan individu.
Membantu perkembangan bakat klien. Kaunselor membantu klien mengenal pasti kebolehan dan bakatnya supaya dia dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.
Kaunseling mementingkan perubahan yang tertentu tetapi keseluruhan perubahan pada diri seseorang individu itu hingga menyebabkan dia merasa sejahtera. Objektif kaunseling yang utama ialah untuk memberi inspirasi kepada klien bagi menilai, membuat, menerima dan mengambil tindakan terhadap pilihan atau keputusan yang dibuatnya. Bagi mereka, kaunseling menolong klien mempelajari proses membuat keputusan, sehingga akhirnya dia dapat membuat keputusan tanpa sentiasa mengharapkan bantuan orang lain. Pelbagai tujuan telah diutarakan oleh mereka yang banyak pengalaman, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini. Satu hakikat yang nyata ialah tujuan itu tidak sama pada semua orang. Di dalam perkembangan proses kaunseling, tujuan bagi seseorang klien itu mungkin diubahsuai dari semasa ke semasa. Usaha membina tujuan mestilah dianggap sebagai suatu tindakan yang tidak kaku, statik atau tetap; dan perlu dibuat penilaian bersama oleh klien dan kaunselor mengikut keperluan klien.
Secara umumnya, bolehlah disimpulkan bahawa kaunseling menolong seorang klien:
Memahami diri dan situasinya;
Mengenal pasti keperluannya;
Menerima realiti hidupnya;
Membuat rancangan yang realistik untuk mengendalikan hidupnya;
Bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya;
Dan seterusnya menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya.
Tujuan terakhir supaya klien bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya sehingga menjadi individu yang berfungsi sepenuhnya tidak mungkin dapat dicapai dalam masa yang singkat. Ia merupakan tujuan hidup setiap insan yang inginkan kesejahteraan hidup di dunia. Walaubagaimana pun tidaklah dapat dinafikan bahawa setiap klien dan kaunselor mempunyai tujuan-tujuan jangka pendek yang lebih khusus yang ingin dicapai dalam masa yang singkat.
Setiap manusia mesti dilihat menurut konteks sesuatu situasi di antara diri dan situasi yang menimbulkan masalah-masalah berkenaan, difahami bagaimana, mengapa dan kenapa, supaya dapat diterima hakikat yang sebenar dan dapat dibina tujuan-tujuan hidup yang lebih realistik dan lebih bermakna. Jika dilihat dari segi ini, tujuan juga merupakan suatu proses yang dinamik, di dalam perjalanan hidup di dunia ini yang penuh dengan cabaran dan ketidakpastian. Masalah individu yang berhubung dengan kerunsingan, psikologi, peribadi dan ketidaksejahteraan, kebanyakannya berpunca dari dalam diri individu itu sendiri kerana tidak memahami diri dan situasi serta tidak mempunyai jangkaan atau harapan yang realistik terhadap hidup. Persoalan-persoalan asas seperti siapakah aku, dari manakah asalku, apakah tujuan hidupku, siapakah yang menjadikan aku, untuk apakah aku dihidupkan dan seumpamanya sepatutnya diberi perhatian yang wajar.
Diharapkan klien dapat belajar mengendalikan hidupnya sendiri daripada pengalaman dalam proses dan perhubungan kaunseling. Dalam proses kaunseling, klien belajar tetapi kaunselor tidak mengajar. Fungsi kaunselor adalah sebagai ‘pemandu’ yang pada mulanya diperlukan untuk menunjuk jalan dan menemani klien dalam perjalanannya, memahami diri dan situasinya serta mengenal pasti keperluannya. Setelah tujuan ini tercapai, barulah fungsi dan peranan kaunselor tercapai dengan sempurnanya. Semakin berkurangan sehingga sampai klien tidak lagi memerlukannya kerana dia sudah dapat meneruskan perjalanannya sendiri tanpa bantuan daripada kaunselor lagi.
PRINSIP KAUNSELING
Dalam bidang kaunseling, prinsip-prinsip harus diamalkan untuk mencapai tujuan kaunseling. Prinsip dan ciri kaunseling adalah seperti berikut:
Kaunseling berkaitan dengan mempengaruhi perubahan tingkah laku secara sukarela dengan kehendak hati klien sendiri. Klien ingin mengubah dan berusaha mendapatkan pertolongan kaunselor untuk mengubah tingkah lakunya.
Kaunselor menyediakan keadaan yang memudahkan perubahan klien. Ini termasuklah hak individu membuat pilihan, menjadi bebas dan berautonomi.
Seperti dalam semua perhubungan, terdapat batasan pada klien dalam kaunseling. Batasan ini ditetapkan oleh tujuan kaunseling yang dipengaruhi oleh nilai dan falsafah kaunselor.
Keadaan yang memudahkan perubahan tingkah laku akan disediakan melalui temu bual. Bukan semua jenis temu bual merupakan kaunseling, tetapi kaunseling selalunya melibatkan temu bual.
Aktiviti mendengar berlaku di dalam kaunseling, tetapi bukan semua aktiviti mendengar merupakan kaunseling.
Kaunselor memahami kliennya.
Kaunseling dijalankan dalam keadaan yang sulit dan bersendirian di antara kaunselor dan klien. Apa yang dibincangkan di antara kaunselor dan klien mesti dirahsiakan.
Klien mempunyai masalah psikologi dan kaunselor mahir bekerja dengan klien yang mempunyai masalah psikologi.
Kaunseling harus berasaskan prinsip-prinsip berikut:
Pada asasnya, manusia membuat penentuan kendiri.
Klien harus maju ke tahap penerimaan kendiri dan pemahaman kendiri yang lebih tinggi.
Klien harus mengembangkan tahap kebenaran yang lebih tinggi lagi, khasnya kebenaran tentang dirinya sendiri.
Objektif-objektif kaunseling harus berdasarkan keperluan klien dan bukan keperluan kaunselor.
Secara amnya, prinsip-prinsip kaunseling dapat diuruskan seperti berikut:
Kaunseling diberi kepada individu-individu normal yang sedang menghadapi masalah atau kerunsingan.
Kaunseling merupakan interaksi dan perhubungan di antara kaunselor dan klien berdasarkan kemesraan dan kepercayaan. Kepercayaan adalah faktor penting kerahsiaan dalam kaunseling.
Dalam sesi kaunseling, kaunselor menolong klien membuat keputusan dengan mempercepatkan proses membuat keputusan itu. Kaunselor tidak membuat pilihan atau keputusan untuk klien. Hal ini akan menimbulkan perkembangan kebolehan klien untuk membuat pilihan atau keputusan tanpa bergantung pada kaunselor. Kaunselor menolong klien supaya klien dapat melihat segala faktor dalam sesuatu situasi, mengetahui kekuatan dan kelemahan sendiri, serta menjelaskan fikiran yang kabur dan tidak rasional.
Orientasi kaunseling haruslah ke arah bekerjasama dan bukannya paksaan. Kaunseling dilakukan dengan cara persetujuan bersama di antara individu yang terlibat. Orang yang dipaksa untuk menerima khidmat kaunseling akan memberontak dan kurang percaya pada orang lain.
Kaunselor haruslah sentiasa percaya bahawa setiap individu mempunyai kemampuan bagi kesejahteraan diri sendiri.
Kaunseling hendaklah berdasarkan perlakuan, menyedari kehormatan dan harga diri seseorang.
Kaunselor percaya bahawa seseorang individu itu haruslah mempunyai peluang yang maksimum untuk memilih matlamat hidupnya masing-masing dan cara untuk mencapai matlamat itu.
Kaunseling mestilah berdasarkan etika kaunseling yang baik.
KETRAMPILAN PEMIMPIN BERWIBAWA
Membentuk Kejayaan Diri
Menganalisa mengenali diri sendiri
Menyediakan matlamat hidup
Mempunyai wawasan sendiri
Mengenalpasti nilai dan prinsip dalam hidup
Sasaran – Perancangan dan matlamat untuk menjayakan sasaran bagi membolehkan berjaya dalam kerjaya
Mengenal diri sendiri
Anggapan kita mengenal diri sendiri
Diri kita dari kaca mata orang lain
Diri kita sebenar
Tiga jenis manusia
Mereka yang menjadikan sesuatu berlaku
Mereka yang melihat sahaja apa yang berlaku
Mereka yang bertanya apa yang berlaku
Penilaian diri
Memahami diri sendiri – kekuatan/kelemahan
Motivasi – kemahuan, semangat membara, keyakinan
Disiplin diri – menggunakan kekuatan diri dalam mengawal diri
Keimanan – Pedoman dan Pegangan hidup
Keyakinan – mempercayai kebolehan sendiri
Daya tarikan – personaliti dan imej diri
Perasaan – kebolehan mengawal perasaan
Sikap – Positif atau Negatif
Tenaga- tenaga yang berterusan
Semangat, kecergasan, kesungguhan
Berfikir kreatif – idea/strategi baru
Sasaran – sasaran dan standart diri sendiri
Matlamat – Matlamat dan perancangan sebagai kompas ke arah kejayaan
Pengurusan masa – Keupayaan membezakan antara keutamaan , segera, kepentingan, tidak penting segera.
Jenis-jenis matlamat
Matlamat jangka panjang
Matlamat yang memerlukan beberapa bulan atau tahun untuk dicapai
Matlamat jangka pendek
Matlamat jangka pendek yang membawa kepada implementasi matlamat jangka panjang
Matlamat : Pendekatan "Smarter"
S
M
A
R
T
E
R
-
-
-
-
-
-
-
Specific
Measuarable
Attainable
Reasonable
Time bound
Exciting
Rewarding
Spesifik
Boleh diukur
Boleh dicapai
Berpatutan
Jangkamasa
Seronok / mengembirakan
Ganjaran
Prinsip pembentukan matlamat
Matlamat mestilah matlamat anda sendiri
Matlamat mestilah positif
Matlamat mestilah boleh di capai dan nyata
Matlamat mestilah ditulis
Matlamat mestilah specifik
Mengapa tidak mempunyai matlamat
Boleh dijangkakan
Telah ditetapkan
Takut kehilangan / kekalahan
Takut kemenangan
Pengharapan yang terlalu tinggi
9 Fakta penting dalam mencapai matlamat anda
Kuasai masa anda
"Kegagalan merancang adalah Perancangan untuk gagal"
Keputusan di tangan anda..Jangan biarkan orang lain menghalang anda.
"Orang lain boleh menghalang anda buat sementara TAPI hanya ada seorang sahaja yang boleh melakukannya untuk selama-lamanya".
Hapuskan ketakutan.
"Jika anda takut mencuba, anda tidak akan pernah gagal. Tetapi takut untuk mencuba membuat anda tidak akan berjaya".
Praktikan sikap positif
Gambaran minda
"Kejayaan bukan destinasi, ianya adalah perjalanan, anda perlu gambarkan arah kemana tujuan perjalanan tersebut".
Bina imej diri positif
Capai sebarang peluang yang mendatang
"Peluang hanya datang sekali"
Tuliskan matlamat anda dan semaklah ia selalu
Ambil tindakan sekarang – Jangan cakap-cakap kosong sahaja.
"Action speak louder than words"
"1 % dari kejayaan adalah kerana bernasib baik. 99% lain adalah hasil usaha"
Keputusan ditangan anda, jangan biarkan sesiapa menghalang anda
Langkah 1
Jelaskan kenapa anda membuat keputusan tersebut.
Fikirkan berapa banyak masa yang anda ada.
Tuliskan matlamat anda dan bila ia patut dicapai.
Langkah 2
Fikirkan tindakan yang akan diambil
Cari maklumat yang berkaitan dengan situasi tersebut
Senaraikan pilihan yang terbuka untuk anda
Langkah 3
Senaraikan implikasi dan akibat dari setiap pilihan
Hapuskan pilihan yang tidak munasabah atau tidak anda perlukan
Langkah 4
Ikut setiap pilihan sampai tamat
Anda boleh mengikut lebih dari satu pilihan
Jangan membuang masa jika anda menamui jalan buntu.
Langkah 5
Tambah pilihan atau matlamat baru didalam tindakan anda
Langkah 6
Bila anda telah mencapai matlamat anda tuliskan matlamat baru dan had masa baru. Ikut langkah 2.
Langkah 7
Bila anda telah mencapai matlamat yang terakhir, anda juga adalah kearah mencapai kejayaan yang jitu.
Hilangkan ketakutan
Bagaimana untuk mendapatkan keyakinan diri.
Fasa 1 Kenalpasti diri anda
Langkah 1 : Bina fail kejayaan anda
Langkah 2 : Mempunyai sikap optimistik
Langkah 3 : Tukar sikap anda terhadap kegagalan
Langkah 4 : Berhenti dari menganggap kegagalan dimana-mana
Fasa 2 Ketegasan diri anda
Langkah 1 : Belajar menyatakan "TIDAK"
Langkah 2 : Bertanya
Bersikap positif
Apa itu SIKAP
Sikap adalah tingkahlaku yang lahir dari emosi. Ia adalah kumpulan keterlaluan/perangagi yang ditunjukan oleh seseorang terhadap orang lain.
Ia merupakan komponen emosi dan salah satu perkara yang sukar di fahami dan diurus.
Bagaimana Sikap di Perlihatkan
Perkataan yang digunakan - "Boleh saya tolong……."
"Maaf,……"
Air muka
-
senyum
Budi bahasa
-
Bersopan santun
Kurang sopan
Nada bahasa
-
Lembut, marah
Pembawaan diri (Imej)
-
Kemas, bersih
Pakaian
-
Kotor, bersih
Cara berjalan
-
Bertenaga, tak bermaya
Posture
-
Tegap, Bongkok
Sikap dan perhubungan manusia
Apa fungsi sikap terhadap persekitaran?
Sikap positif akan menghasilkan 3 matlamat:
Ia akan melahirkan emosi yang positif/baik terhadap kerja dan rakan-rakan di sekitar anda
Ia menambahkan sifat kreatif bagi menambah produktiviti anda
Ia memperbaiki personaliti anda dalam berhubung dengan persekitaran
Sikap dan sifat positif dalam pembentukan seseorang. Anda adalah apa yang anda fikirkan. Jika anda positif kerja di anggap mustahil boleh berjaya.
Kaedah mengubah sikap
Tentukan dahulu samada sesuatu masalah itu berpunca dari sikap atau faktor persekitaran. Jika berpunca dari faktor lain, usaha mengubah sikap tidak perlu dilakukan.
Apakah diri sendiri orang yang paling sesuai untuk melakukannya dan apakah pengaruh yang membawa kepada perubahan?Apakah kerana pengaruh ganjaran, kepakaran, paksaan, tauladan atau simpati?
Nilai diri apakah komponen yang paling mempengaruhi sikap untuk berubah? Apakah dengan mengubah persekitaran, pemikiran, pandangan dunia, perasaan, sistem nilai, tingkah laku, dan persekitaran untuk bertindak?
Tentukan pendekatan yang diperlukan untuk mengubah diri samada dengan secara langsung negatif; mengancam; mengkritik; menghina; mengenakan dendaan dan paksaan atau secara tidak langsung; menunjukkan tauladan silaturrahim dan perlakuan.
Mengenal pasti rintangan rintangan yang mungkin dihadapi serta cara mengatasinya, menentukan cara pengukuhan setelah berlaku perubahan; galakan atau dorongan dan mengubah suai pendekatan berasaskan kejayaan atau kegagalan.
17. Sikap
Sikap orang yang berjaya
Mengubah kelakuan sendiri
Bekerja keras dan punya masa
Tahu bila mahu bersikap tegas dan mengalah
Menghormati orang lain dan sanggup belajar dari orang lain
Menggunakan masa untuk maju
Penekanan terhadap kemungkinan / (peluang)
Menerima pendapat orang lain
Sikap orang yang gagal
Cuba mengubah kelakuan orang lain
Terlalu sibuk membuat apa yang patut
Mengalah bila disoal dan mempertahankan perkara yang tidak penting
Tidak mahu melihat kelebihan orang lain cuma terhadap kelemahan mereka
Gunakan masa untuk mengelakkan kritikan
Penekanan terhadap masalah
Tidak mahu menerima pendapat orang lain

Subscribe to:
Posts (Atom)